Tuesday 6 May 2014

Pertemuan demi pertemuan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

pertama kali aku mengenali dia di laman sesawang. harapan aku tak tinggi cuma elok paras rupa, matang, mampu menasihati aku dan protective. hanya itu kerana sebelum ini aku pernah mengahadapi cinta dunia yang pedih dan sakit utk aku lalui.


pertama kali aku bertemu dia, dia membawa aku menonton perlawanan bola sepak antara pasukan Selangor dan Terengganu di Stadium Shah Alam, disitu aku lihat dia. ya, dia ada apa yg aku harapkan. dia seorang yang bertanggungjawab. memang dia 2 tahun lebih tua dari aku namun aku percaya pengalaman hidupnya itu membuat dia lebih matang. biarlah rupa paras tak menjanjikan kebahagiaan.

kedua kali aku bertemu dengannya ialah semalam. kami keluar minum malam bersama. antara perwatakan yang aku lihat ialah dia sangat bertangungjawab jika diberi kerja dan dia sangat komited dengan kerjayanya sebagai ketua pemuda UMNO dan disamping itu dia pon bekerja bersama sebuah syarikat. bukan harta dan wang menjadi ukuran tapi aku cuma memikirkan masa depan aku memandangkan keadaan keluarga aku yang makin hambar ini.




aku percaya pada kata hati. aku tak boleh terus beri dia yg baru kenali ini hati aku, aku perlu lebih mengenali dia, kerana pengalaman sebelum ini membuat aku serik. bagi aku biarlah kami berkawan kerana aku lebih selasa begini, menjadi diri aku sendiri dan tak perlu berpura2 di depan dia.

tetapi sebenarnya dia yang dulu buat hati ini pedih masih lagi mengharapkan cinta aku. memang kemaafan telah aku beri namun entahlah.... jiwa meronta ronta. dia berjanji tak mahu mengulangi segala perbuatan yg melukakan hati ini namun entah mengapa sukar utk aku terima walaupun aku sudah pun memaafkan dia. pada aku biarlah aku hanya berkawan dengan dia. yang lepas biarkan kerana kalau diulang pasti kesakitan itu berdarah lagi.

aku hanya mampu berdoa jika dia terbaik utk aku, semoga Maha Pencipta kekalkan dan permudahkan segala urusan tapi jika sebaliknya, aku harap Pencipta dapat jarakkan kami dan letakkan hati kami pada yang sepatutnya dan yg telah tertulis utk kami dan pertemukan kami dgn insan yg sepatutnya.


sekian shaja lembaran ringkas ini. semoga bertemu lagi di lembaran akan datang

senyum buat kita tenang, jadi senyumlah




No comments:

Post a Comment