Tuesday 13 May 2014

Nukilan Buat Kekasihku

Assalamualaikum…………

Dengan nama Tuhan yang telah meletakkan secebis kasih dan cinta dalam hati ini dan kini telah membuahkan rindu dan sayang yang tak kuat kutahan geloranya jika tanpa sedikit ketenangan yang dikirimkan Tuhan buatku.

Buat kekasih…
Saat aku tuliskan surat ini buatmu, betapa hatiku sentiasa sarat dengan rindumu. Rindu yang mendambakan kasihku padamu setulus hati. Hatiku ini penuh dengan cintamu dan tidak bisa ditembusi oleh kasih yang lain. Hanya kasihmu yang aku miliki, yang menceriakan kehidupanku walaupun ter­kadang aku tersasar oleh kerana mabuk kerinduan.

Kekasih…..
Ingin aku katakan padamu bahawa aku tidak sekali kali menduakan kasihmu. Aku tidak menduakan cintamu kerana hatimu telah kumiliki. Bagaimana aku bisa mengisinya dengan sesuatu yang lain sedangkan ia berada disampingmu. Janganlah dirimu sangsi dengan kesetiaanku, kerana aku telah membina tembok tinggi agar cintamu yang kumiliki tidak terlepas dari tebing hati dan menghalang sebarang cinta dari luar untuk menakhluki jiwaku.

Kekasih…..
Cintamu adalah antara yang terutama dalam senarai cintaku. Pertama cinta Tuhan dan rasul, kedua cinta keluargaku dan ketiga adalah cintamu. Aku jamin ia tidak akan berubah arah sehinggalah Tuhan benar­benar menentukan dan menyatakan kehendaknya dalam kisah cinta kita ini. Namun aku sentiasa berdoa agar cinta dan kasih kita ini hayatnya berpanjangan hingga dibawa bersama sewaktu menghadiri perjumpaan di hadapan Tuhan di hari kemudian dan mampu menuju keSyurga abadi.

Kekasih….
Tiadalah sebaik kata­kata yang mampu aku tuliskan dalam surat cintaku ini melainkan untuk menyatakan bahawa sehingga kini hanya dirimu yang memiliki hatiku ini. Aku bahagia begini dan aku ingin terus begini bersamamu hingga akhirnya. Aku bermohon pada Tuhan semoga Dia menerima permohonan ini. Hanya padaNyalah aku berharap.

Kekasih….
Cinta dan rindumu adalah menjadi peneman setia dalam hidupku walau saat dirimu jauh disana.




Sekian, kekasihmu.... Si Pengukir Jiwa

No comments:

Post a Comment