Monday 5 May 2014

menerawangnya hati

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

kehidupan yang aku lalui kian berliku. aku tak tahu takat mana ujian ini untuk aku dan keluarga. aku tempuh semua ini dengan redha kerna aku yakin segalanya ada hikmah yg tersembunyi.

tapi diri kian lemah. kian longlai. fizikal ku menerawang diudara bagai minta kekuatan. hanya Rabb tempat aku mengadu. hanya Dia.

pancaroba ini seakan tahu bila kau lemah. satu persatu hadir tanmpa isyarat.
mulanya keluarga dan kini berkenaan hati. memang aku pasrah kehendak hati ingin disayangi dan dicintai. aku ikutkan hati percaya pada kata manis yg akhirnya menjerumuskan aku ke kancah kelukaan yg amat dalam. memang aku bukan mencari yg sempurna namun aku hanya menunggu. penantian aku diakhiri namun ia amat pedih. dan sekali lagi aku pasrah. kehendak hati ini akhirnya aku biarkan. aku isinya dengan persahabatan dan pengalaman yg akan aku mengajar aku erti kehidupan ini. ya.. aku perlu lari dari menurut kehendak hati ini. ya...!!!


dan bila aku lari dari kehendak hati, pancaroba lain mendatang. memang sukar menrima kehadiran orang asing dalam hidup ini. namun demi kebaikan dia, aku redha. apa yang akan terjadi selepas ini hanya aku dan mereka akan pergi. aku beri dia peluang kerna aku  tahu dia juga perlu kasih sayang dan cinta dari yg istimewa. pancaroba sebagai anak sulong makin deras laluannya, makin parah lukanya dan makin mencabar ombaknya. aku perlu kuat demi mereka yang aku sayang dan aku cintai. biarlah aku tanpa sokongan aku tanpa tulang belakang tapi aku yakin aku kuat. aku mampu semuanya kerna Allah ada bersama aku.


setakat ini lembaran baru ini. semoga kita sebagai insan hina sentiasa hadirkan diri padanya.

nasihati aku andai ada tersalah pendapat.

salam kasih dari aku

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment